http://smkbbss.edu.my/wp-content/uploads/2017/11/1-6.jpg

Program usahasama antara PIBG SMKBBSS & Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKBBSS telah dilancarkan untuk membantu keluarga anak-anak murid yang terhimpit dengan masalah kewangan kerana tidak dibenarkan keluar bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kerana ancaman penularan wabak pandemik Covid-19.

Alhamdulillah, bantuan adalah merupakan barang-barang keperluan dapur untuk membantu sedikit-sebanyak keluarga terbabit melalui hari-hari sukar dlm tempoh PKP yang bermula 18 Mac hingga kini.

Barang-barang ini diberikan hasil sumbangan wang tunai oleh para guru & orang perseorangan, sama ada dalam kalangan komuniti PIBG, mahupun pihak luar yang turut sama menyumbang ke dalam akaun PIBG.

Di bawah ialah antara gambar-gambar yang dapat dikongsikan berkaitan program ini.

Semoga Allah merahmati semua yang menyumbang dan memberikan ganjaran besar dunia dan akhirat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top