Motivasi PT3 & Panduan Permohonan Ke SBP Ting. 4/ Kolej Vokasional 2020

Menghadapi peperiksaan umpama hendak pergi berperang. Sebelum pergi berperang, persediaan perlu ada. Senjata & perisai turut diperlukan untuk berperang.

Senjata 1: Pistol & Peluru

– Untuk pergi berperang, senjata asas yang perlu ada pastilah pistol & peluru.

– Dalam menghadapi peperiksaan PT3, pistol ialah membaca & membuat latihan ialah pelurunya.

– Semakin banyak latihan yang dibuat, semakin banyaklah peluru yang disediakan untuk peperiksaan sesuatu matapelajaran.

Senjata 2: Mesin-gun & Peluru

– Seperti pistol & peluru, mesin-gun & peluru ialah senjata yang dinaik tarafkan.

– Mesin-gun diibaratkan seperti ulangkaji yang dilakukan secara berulangkali, manakala rujukan yang dilakukan sama ada menerusi buku rujukan atau menggunakan kemudahan internet pula ialah pelurunya.

– Semakin banyak rujukan yang dilakukan, semakin banyaklah peluru mesin-gun yang disediakan.

Senjata 3: Bom Tangan

– Senjata ini adalah tambahan untuk melengkapkan diri seseorang anggota tentera hadapi peperangan.

– Dalam hadapi peperiksaan PT3, membentuk kumpulan belajar bersama rakan-rakan ibarat usaha tambahan untuk menambah kefahaman calon dengan bantuan rakan dalam kumpulan adalah diibaratkan seperti melengkapkan diri dengan

– Semakin banyak kali perbincangan kumpulan belajar diadakan, semakin banyaklah bom tangan yang disediakan.

Senjata 4: Kereta Kebal

– Senjata utama ini mengukuhkan kekuatan untuk berperang.

– Kereta Kebal dalam hadapi PT3 ini boleh diumpamakan menerusi Kelas Tambahan & Teknik Menjawab yang diadakan mengikut Panitia Matapelajaran.

– Melalui Kelas Tambahan & Teknik Menjawab ini, calon-calon dikukuhkan dengan perbincangan, pembentangan & tunjuk ajar cara menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Senjata 5: Jet Pejuang

– Senjata terakhir ini seperti pelengkap dalam peperangan.

– Setelah segala usaha dilakukan, doa, solat harian & solat hajat adalah pelengkap untuk calon PT3 sebagai senjata ampuh terakhir.

– Doa berterusan adalah penting untuk calon PT3 memastikan kejayaan tidak terlepas daripada genggaman.

– Pada peringkat inilah calon-calon PT3 boleh memilih sama ada untuk memohon melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Kolej Vokasional (KV), bergantung pada keputusan PT3 yang diperoleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *