Latihan fasa terakhir kumpulan PXP di akhiri dengan pemberian sumbangan daripada seluruh warga SMKBBSS, yang diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Nor Hayati bt. Abdul Rahman.
Sumbangan ini sedikit-sebanyak sebagai menyokong usaha kumpulan murid ini untuk menunjukkan bakat tarian mereka ke peringkat tertinggi.
Dimaklumkan bahawa Kump. PXP ini bakal bersaing dengan 14 peserta lain dalam kategori Tarian Moden pada Ahad ini (18 Ogos 2019), di Damansara Performance Arts Centre.
Semoga mereka dapat membuat persembahan terbaik & memukau juri dengan tarian mereka!