APAKAH ITU PROGRAM NILAM?

  • APAKAH ITU PROGRAM NILAM ?

 

– ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

 

– Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

 

– Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

 

  • APAKAH MATLAMAT PROGRAM NILAM ?

 

– Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.

 

  • APAKAH OBJEKTIF PROGRAM NILAM ?

 

– Menjadikan murid banyak membaca

 

– Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini

 

  • BILAKAH PROGRAM NILAM BOLEH DILAKSANAKAN ?

 

– Program NILAM mengalakkan murid membaca di mana jua walaupun selepas tamat waktu persekolahan. Walaubagaimanapun, satu masa membaca di Pusat Sumber Sekolah atau di sudut bacaan kelas wajar dimuatkan dalam jadual kelas terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk menjalankan aktiviti membaca.

 

– Waktu lain juga boleh diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti dalam Minggu Pusat Sumber Sekolah, Minggu Bahasa atau mata pelajaran lain.

 

– Murid juga boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca seperti Bicara Buku dan menulis ulasan buku.

 

  • LAGU NILAM

 

Membaca dan belajar

Amalan hidup mulia

Jadikanlah panduan

Wawasan anda

Nilam program membaca

Memberikan semangat

Membaca dengan jaya

Budaya kita

Bina Tabiat membaca

Matlamat Nilam kita

Ganjaran yang diberi

tidak terhingga

Jadi rakan pembaca

Juga capai jauhari

Pembaca yang bestari

Anugerah diberi

c/o

Nilam Nilam

Anugerah Nilam

Menerangi jalan suram

Nilam Nilam

Anugerah Nilam

Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar

Amalan hidup mulia

Bina tabiat membaca

Matlamat Nilam kita

Dunia indah sekali

Pasti lebih berseri

Amalan membaca

Menjana minda bestari

(ulang Chorus)

Amalan membaca

Menjana minda bestari

NILAM

 

 

TAHAP NILAM

 

  • Program NILAM mempunyai dua tahap:

 

Tahap I – JAUHARI

Tahap II – RAKAN MEMBACA

 

  • Tahap JAUHARI

 

Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.

 

Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.

 

Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui PSS dan lain-lain sumber.

 

Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

 

Markah dikira mengikut jumlah buku yang dibaca.

 

  • Tahap RAKAN PEMBACA (RP)

 

Kebolehan murid membimbung dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca.

 

Setelah membaca 100 naskah buku, murid layak memasuki Tahap RP.

 

Murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.

 

Buku yang dipinjam dari PSS atau sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dan lain-lain.

 

Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman,pendengar dan pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *