Peraturan PSS

  • PERATURAN UMUM

 

– Kebersihan dan kekemasan perpustakaan adalah tanggungjawab bersama.

 

– Semua pelajar hendaklah sentiasa berdisiplin ketika berada di perpustakaan.

 

– Para pelajar dilarang membuang sampah di mana jua tempat, sila gunakan bakul

sampah yang disediakan.

 

– Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pelajar yang melakukan sebarang

kerosakan yang disengajakan dengan cara membayar ganti rugi.

 

– Pelajar tidak dibenarkan masuk semasa waktu pengajaran tanpa pengawasan guru.

 

  • PERATURAN SEBELUM MASUK

 

– Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.

 

– Dilarang membawa beg sekolah dan peralatan yang tajam.

 

– Pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P), pelajar tidak dibenarkan masuk

tanpa kehadiran guru.

 

– Berbaris sebelum masuk dan keluar perpustakaan.

 

  • PERATURAN SEMASA BERADA DI PERPUSTAKAAN

 

– Dilarang makan dan minum.

 

– Dilarang membuat bising.

 

– Dilarang merosakkan buku, majalah dan peralatan perpustakaan.

 

– Dilarang mengambil / mengeluarkan buku dan majalah tanpa kebenaran.

 

– Pelajar yang didapati mencuri dan merosakkan buku akan diambil tindakan disiplin.

 

  • PERATURAN TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN UNTUK PEMBELAJARAN DI PERPUSTAKAAN, BILIK MEDIA DAN BILIK SAL

 

– Tempahan hanya dibenarkan dilakukan oleh guru sahaja dengan mengisi rekod tempahan dalam fail rekod penggunaan.

 

– Hanya kelas yang diiringi oleh guru sahaja dibenarkan masuk ke bilik berkenaan. Guru perlu memastikan pelajar-pelajar terkawal dalam bilik berkenaan.

 

– Guru perlu mengisi buku rekod penggunaan dalam bilik berkenaan. Guru perlu pastikan semua suis lampu, penghawa dingin dan semua peralatan elektrik yang lain telah ditutup sebelum keluar.

 

– Guru perlu memastikan bilik sentiasa berkeadaan bersih dan teratur sewaktu meniggalkannya. White board yang digunakan untuk P&P hendaklah dibersihkan sebelum keluar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *